Saturday 12 October 2013

Easy by RHB dan BMW Product Proffesional

2013 Hampir berakhir

Sibuk kerja sampai terlupa wujudnya blog ni...haishhhh gila bersawang terok ni hampir setahun x menjengah...
Masa final exam kat UiTM dah p interview..habis exam bertunang then start kerja ni
kursus di Bangi 2 minggu di latih oleh Miss Savy yang konon dia model iklan Rejoice sangat annoying
..
Alhamdulillah Peperiksaan Insuran Life Plus and Personal Accident LULUS walaupon C okla...
Kerja aku cari orang untuk proses PERSONAL LOAN dan LOAN ASB
sangat mencabar, sangat penat, tetapi ini bagai satu tempat latihan untuk fresh graduate dalam bidang EXECUTIVE
Lepas berhenti Easy RHB senang nak dapat kerja mana-mana pon
sesuai la ngn trademark boss aku bagi EASY WARRIORS tapi syarat kena kerja lama sikit la...aku kat Easy Start 20 Nov 2012 Sampai 25 July 2013.

Ni saya Cik Liza

Dari Kiri Abang Taqi, Kak Wati, Abang Rasydan sebagai ASM (Assostant Sales Manager), Abang Radzi pon ASM jugak tapi dia dah lama and sekarang dah jadi Sales Manager then yang hujung sekali tu Abang Shah raja ASB.

Ni muka2 yang ada masa kat Easy Tesco SP Utara dulu first2 aku masuk, lepas diorang takdak EASY tak syiok dah bagi aku..haha


Abang Radzi, Kak Wati My Regional Manager Encik Shahrul, Aku n Abang Sham dari Easy Pos SP
Ni masa boss wat makan2 untuk 'A' performers (sempat la rasa dapat A sekali)...hehe

Ni kat Cyberjaya bersama 125i M Sport 

Tapi start August selepas raya aku dah start kerja dengan Lee Motors Auto Care
Sebagai BMW PRODUCT PROFFESIONAL
alhamdulillah rezeki beberapa hari sebelom kahwin...

Kerja aku bagi customer talk pasal BMW, bawak test drive (lepas dapat lesen nantila) then delivery kereta kat customer.



No comments:

Post a Comment

orang kaya cinta sila comment